Sajak bertemakan hantaran




HADIAH BUAT KEKASIH

Pabila bersatunya dua hati,
Hantaran menjadi simbol cinta bersemi
Untuk memulakan kehidupan berumah tangga
Agar mempelai kekal ceria
Pada hari yang sangat berbahagia

Hantaran tidak menuntut jumlah wang yang bergunung
 Tidak juga meminta barang-barang yang serba mewah
Cukuplah mengikut kemampuan diri
Supaya tidak berdepan kesulitan di depan hari
Itulah hantaran yang ikhlas dan suci

Barang-barang yang pelbagai
Dihias cantik dan rapi
Bisa memukau setiap mata yang memandang
Ditempatkan di atas dulang-dulang keemasan
Menjadikan hantaran itu lebih indah
Bagaikan mutiara yang bersinar di dasar lautan
Untuk dihadiahkan kepada insan tersayang
Yang bergelar suami dan isteri

Hantaran yang indah
Menjadi idaman setiap mempelai
Bukan dari segi nilai harganya
Tetapi dari segi keikhlasan pemberi
Yang menjanjikan kebahagiaan berpanjangan

Setiap wanita mempunyai keinginan
Memiliki hantaran daripada suami
Yang mampu menyentuh hati dan perasaan
Yang bisa membuak-buakkan lagi perasaan cinta
Demi meyakinkan diri
Bahawa suami mampu memikul tanggungjawab
Membawa keluarga ke syurga
Itulah hantaran yang sebenarnya.

Comments

Popular Posts