Sajak bertemakan Palestin



SELAMATKAN DUNIA PALESTIN

Berderu bagai angin di tengah hening malam
Tertatih namun tak henti melangkah
Melaungkan takbir keberanian
Berulang melawan para Zionis yang beraja
Demi mempertahankan tanah suci Islam
Dan menumpaskan pihak Israel
Yang penuh dengan kezaliman
Yang penuh dengan kebencian
Yang tidak berperikemanusiaan

Hamparan tanah merah bersimbah darah para syuhada
Air mata penuh harapan dan mulut yang terus berdoa
Memohon perdamaian untuk keduanya
Anak-anak kecil yang merindui zaman keseronokan
Untuk bermain-main di tempat sepermainan
Bersama kawan-kawan dengan penuh kegembiraan
Kini hanya menanti satu keajaiban
Dari yang maha berkuasa

Oh tuhan..
Berapa lama lagi kami harus menderita
Manusia hidup diselubungi ketakutan
Mata yang tidak lagi bisa tertutup melepaskan lelah
Sentiasa berjaga-jaga akan serang hendap Zionis

Ada rindu akan sebuah kemerdekaan tanpa paksa
Merindui keamanan yang nyata
Tiada lagi keluh kesah yang menjadi rintihan
Tiada lagi pertumpahan darah rakyat tidak berdosa
Tiada lagi tangisan anak-anak kecil yang ketakutan
Tiada lagi ratapan mereka yang teraniaya
Kami bermohon kepada mu tuhan

Tetap tabahlah wahai rakyat Palestin
Ingatlah janji Allah itu benar
Kebahagiaan yang abadi bakal ditemui
Pihak yang Zalim bakal dituntut
Kerana banyak negara yang turut bersimpati
Akan bersiap sedia menabur bakti
Demi berjuang mengumandangkan takbir untuk tanah Palestin.

Comments

Popular Posts